Aku kongsikan teknik promosi yang aku dah buat untuk menjalankan program ni. Terpulang kepada korang nak buat yang mana. Ikut kemampuan masing-masing.
Kalau nak tau teknik yang aku sedang praktikkan sekarang KLIK SINI.
A. Cara Manual :
- Buat copy risalah korang tu, edarkan pada kawan-kawan, sedara mara atau yang terhampir dengan korang. Cara ni berkesan.Nak lagi senang, letakkan di kedai-kedai runcit atau tempat orang ramai berkumpul atau banyak lalu. Memang berkesan. Macam aku dulu buat, edarkan kat bilik asrama kampus je. Sape-sape yang student tu leh wat jugak cara ni. tengok hasilnya macamne nanti. Di jamin berkesan. Teknik ni namanya teknik satu hala. Sape-sape yang nak serta terus isi borang dan buat bayaran.
- Aku tulis iklan dalam 'word' untuk tarik minat orang. Contoh iklan : "Mahu Duit Lebih? Ketahui Caranya. SMS NAMA & ALAMAT KE 01x-1234456". Teknik ni namanya teknik dua hala. Ada orang yang berminat, baru kita poskan borang pada diorang. Tapi modal besar sikit sebab stem & sampul surat. Cara ni aku edarkan kat tempat parking kenderaan. Cuma aku nak nasihat, kalau boleh kena ada nombor hp lain. Kalau tak penuh mesej nanti hp. Aku dah kena.
B. Cara Auto
- Bagi yang pandai tentang komputer dan internet tu. Ni memang cara terbaik. Dulu aku pun tak tau. Tapi belajar lah sampai tahu. Kat internet ni banyak cara kita boleh buat. Yang paling aku suka, guna 'squeeze page' atau web jualan. Kita cuma promosikan web kita jer. Tapi yang ni bagi golongan yang mahir. Aku buat dulu pun susah jugak. Macam-macam benda kena buat. Tapi dia on 24 jam 365 hari setahun.
- Nak senang buat blog percuma. Caranya letakkan nombor hp korang or email. Sape nak suruh diorang sms atau email je.
- Laman web sosial macam facebook.com, twitter, friendster dan macam-macam lagilah. YM nye lah. Yang penting korang nak buat. Tu paling utama. Jalan dah ada. Tinggal laksanakan jer.
Aku harap teknik ni sedikit sebanyak dapat tolong korang buat promosi ye. Cuma nak bagi suggestion, promosi mulut ke mulut itu adalah paling berkesan. Usaha tanpa putus asa itu resipi untuk berjaya. Jangan malu-malu ye.
Terima Kasih.