Wednesday, February 3, 2010

RAHSIA KEJAYAAN : PENGURUSAN MASA CEMERLANG

Oleh Taidin Suhaimin
Rahsia Pengurusan Masa, Pengurusan Masa Berkesan, Prinsip Pareto, Pengurusan Masa, Rahsia Kejayaan, Kunci Kejayaan

Firman Allah (Maksud):
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Rahsia Pengurusan Masa, Pengurusan Masa Berkesan, Prinsip Pareto, Pengurusan Masa, Rahsia Kejayaan, Kunci Kejayaan
"Maaf, saya sudah lambat ............................................"
"Jika saya masih ada masa sedikit lagi............................."
"Saya betul-betul minta maaf, saya terlalu banyak kerja....."

Berapa banyak kali kah anda mendengar alasan-alasan di atas?

Berapa banyak kali kah anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di restoran atau di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa?

Masa merupakan sumber yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam; tidak lebih dan tidak kurang. Masa tidak dapat dikumpulkan. Masa tidak dapat ditukar ganti. Kita tidak dapat membuka atau menutupnya. Masa sebenarnya akan kekal atau sentiasa ada. Yang tidak kekal ialah masa hidup kita di dunia.

Apakah yang membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya? Albert E.N. Gray dalam eseinya "The Common Denominator of Success" menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya bukannya kerana kerja kuat, nasib baik atau bijak dalam selok-belok perhubungan manusia walaupun semua itu adalah penting. Katanya:

"Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan."

Satu faktor yang jelas menjadi inti kejayaan mereka ialah orang-orang yang berjaya sentiasa mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa menggunakan fikiran dan tenaga mereka untuk perkara-perkara yang berfaedah, mendahulukan apa yang paling penting dahulu serta yang memberikan pulangan maksimum.

PRINSIP 20/80
Prinsip 20/80 sangat bertepatan dengan "seruan" di atas. Prinsip ini telah diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Mengambil sempena namanya, prinsip ini juga dikenali sebagai Prinsip Pareto.

Secara ringkasnya, menurut prinsip ini, untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum) sekitar 80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita, kita hendaklah menumpukan perhatian / tindakan kita terhadap perkara-perkara atau tugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita mempunyai 10 senarai tugasan / kerja pada hari ini dan dapat menumpu atau menyelesaikan 2 tugasan yang paling penting atau paling tinggi pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari ini ialah 80%.

Jika rahsia pengurusan masa ini dijadikan sebagai prinsip dan amalan hidup anda, anda akan akhirnya tergolong dalam golongan orang-orang yang berkecapaian tinggi - amat berkesan, cemerlang dan gemilang! InsyaAllah.



 
© Copyright by KISAH AKU  |  Template by Blogspot tutorial