Siapa Aku?
Aku berkelulusan Mechanical Engineering UiTM Pulau Pinang. Dari situlah aku aku mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Dari berniaga burger dari bilik ke bilik asrama, sehinggalah berniaga air soya+cincau di pasar malam Perai.
Tapi bukan tu aku nak cerita. Tu panjang kisahnya. Aku nak cerita bagaimana aku boleh membuat akaun bank aku mendadak naik dengan wang yang aku simpan hasil kerja aku yang tak seberapa.
Selesai solat Jumaat dekat masjid berhampiran rumah sewa aku tu (aku lupa nama masjid tu,besar),aku terus fikir nak balik tidur sebab kuliah dah takde. Aku terpandang risalah yang di letakkan di atas tembok masjid. Akupun ambil satu, saje nak baca-baca. Sampai di rumah aku letak atas meja study aku. Habis citer...
Seminggu lepas tu aku pergi tengok race kat Bagan Ajam. Diorang lumba kereta & motor. Pagi tu ada plak polis wat rush. Aku dengan member terus gerak jauh dari situ sampai ke hujung kampung nelayan. pagi subuh-subuh baru balik. Motor aku plak jam. Soknyer hantar kedai dia cakap kene ratus-ratus jugaklah. Mana aku nak cekau duit.
Mula dari situlah aku join program yang aku ambil risalahnya dari masjid tu. Duit punya pasal. Time tu tengah sengkek. Hujung-hujung sem.
Sudah masuk hari ke 7 aku hantar borang beserta bayaran menjadi ahli. Tiada maklum balas dari pihak pengurusan. Aku mula rasa tertipu. Tapi masuk hari ke 9, aku terima satu surat. Aku terima risalah aku sendiri. Tapi aku tak wat papepun. Aku letak je dalam laci.
2 minggu selepas aku terima surat risalah aku tu, barulah tergerak hati aku untuk wat copy risalah tu. Pagi-pagi aku pergi wat 50 copy. Saje try sikit. Akpa aku buat dengan 50 copy tu, aku letak dalam setiap loker beg di lab & perpustakaan. Loker Pusat Islam pun aku letak jugak.heee
Dalam seminggu lebih dari aku wat benda tu, aku dapat feedback yang best! Aku ingat lagi posmen bagi 17 surat untuk aku. Dia pun naik pelik. Banyak giler surat. Masa tu aku tengah jemur kain. Aku bawak gi bilik surat-surat tu. Dalam setiap sampul surat ada wang pos RM10 setiap satu. Jadi semuanya aku dapat RM170. Masa tu macam tak percaya jugak. Tapi kenyataan. Petangnya aku gi opis fakulti mekanikal. Jumpa akak opis tu untuk wat 300 copy risalah aku. Dia memang baik dengan aku sejak mula kempen pilihan raya kampus. Dapat jer copy tu, aku terus edarkan dari bilik ke bilik sarama student. Asrama perempuan aku suruh member aku. Walaupun dia perempuan, kepala dia memang giler. tapi dia baik. Budak Terengganu.
Tak sampai 2 minggu aku mula terima banyak surat yang dalamnya ada wang pos RM10 setiap satu. Pernah satu hari tu aku terima 35 surat. Masa tu memang best. Tapi aku tak guna semua duit tu. Aku tunaikan dan masukkan dalam bank. Sejak dari strategi kampus tu lah bulan kedua aku join benda tu, gaji aku cecah RM5k sebulan.
Aku bagitau member kat Perlis (dia kampus Arau). Sanggup die turun Butterworth semata nak jumpa aku sebab aku citer semuanya pada dia. Dia join jugak. Dia gegar kampus sana. Bukan tu je, dia celik IT. Memang kencang dia dapat. Tapi akupun dapat jugak. Lepas dari tu, gaji bulanan tak putus-putus. Syukur..
Tamat belajar, aku lepak rumah. Nak keje macam malas pulak. Maklumlah ada income sampingan. Tapi boring jugak dok rumah lama-lama. Jadi untuk menghilangkan bosan, aku berniaga air depan sekolah (kalau dah minat berniaga nak wat macamne).
Sekarang aku dah jadi teknokrat syarikat. Maka tertubuhlah R&J INOVATIF. Aku diberi hak menguruskan program ni. Reputasi aku membolehkan aku di percayai. Syukur..Dan hidup aku berlansung seperti biasa. Tiada apa-apa yang istimewa. Aku lebih selesa hidup sebegini dan dikenali sebegini. Merendah diri itu satu kenikmatan..
Aku harap, korang kena cepat ambil peluang yang ada. Jangan bertangguh. Contohi sikap aku yang cepat ambil peluang ni. Jangan contohi kemalasannya.
Moga kisah aku ni boleh jadi motivasi untuk korang berjaya.
"Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Menjadi Insan Biasa, Jadilah Insan Luar Biasa"
Wednesday, February 3, 2010
SIAPA AKU?
Labels:
SIAPA AKU?